followmE ~

Wednesday, June 23, 2010

hantu~....




hantu kambeng...memule tgk video ni ase lawak gile gelak guling2...tapi lelame ase kesian lak ngan kambeng ni....ye la...tgk die x dek kawan da.. terok tol tuan die wat g2..

tp yg pelik nye mau plak kambeng2 len 2 tkOt ye... agaknye betol la org kate binatang kalu nmpk antu depe lari n bunyi kuat2..hohoho...masalah nye antu topeng kawan sendri pOn depe tkOt..mmg dasar kambeng tOi;P kalu org kate manusia kena pulau kan d panggil kera sumbang...ni kambeng kene pulau kite panggil kambeng sumbang...huh -.-" sesuai kkkkk

pape pon jgn la wat g2 ye..kecian tgk antu kambeng 2..die pon pelik nape kawan2 die lari....hik3...

Saturday, June 19, 2010

Monday, June 7, 2010

selamat pengantIn baru

Bersatulah anak Adam bagi memenuhi tuntutan syarak..menunaikan kewajipan sebagai seorg hamba...melaksanakan tugas sebagai seorg suami & isteri..mengikat janji..menyulam cinta..bersama melayahi alam bahagia...












Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kami memohon kepadaMu agar perkahwinanini diberkati olehMu. Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini. Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah. Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah yang mampu memandu, membimbing dan mendidik isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai. Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali. Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh anak-anak yang menjadi amanah. Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah zuriat yang soleh solehah. Dan agar berkekalan mempelai ini sehingga ke dalam syurga. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Teguhkan iman kami. Mantapkan aqidah kami. Mudahkan urusan kami. Murahkan rezeki kami. Halalkan makan minum kami. Berkatilah kehidupan kami. Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam. Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu. Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ampunkanlah dosa kami, Dosa kedua orang tua kami, Dosa ahli keluarga kami. Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa. Baik yang zahir mahupun yang batin. Yang kecil mahupun yang besar. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah. Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu. Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam. Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya. Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini. Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru. Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora. Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang. Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, January 2, 2010

rahmati keluarga ini...





tunang & nikah

"kekayaan, kebahagiaan umah tangga terletak d tangan tuhan" bak kate Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dlm cter Ahmad Albab...

" Seseorang yang BERIMAN pasti ia BAIK dan seseorang yang BAIK tidak semestinya BERIMAN. Pilihlah yang BERIMAN.Pasti berbahagia "


“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

pesanan untuk along tersayang...

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.



malam berinai ;)

pesanan untuk abg ipar kesayangan along:D

tercipta wanita dari rusuk lelaki..bukan dari kaki untuk dijadikan alas..bukan dari kepala untuk dijunjung.. tapi dekat dilengan untuk dilindung..juga dekat di hati untuk disayangi..

"Peliharalah wanita dengan cara yang baik. Sesungguhnya wanita diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila di cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah wanita dengan baik".

BARAKALLAH ~

Monday, December 14, 2009

C.I.N.T.A



saya hanya ingin seperti Fatimah puteri Nabi yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Saidina Ali Abi Talib suaminya...
saya ingin seperti Siti Khadijah yang selama berumahtangga bersama Rasulullah saw tidak pernah dimadu...
bukan mengharamkan poligami tapi cuma syarat yang diboleh kan dalam Islam....

Wednesday, June 10, 2009

~ makna tersembunyi di sebalik pertanyaan perempuan ~



hee..
-->Kebanyakan kaum lelaki ini tak tahu yang kaum perempuan ini kalau mereka bercakap atau bertanya, mesti ada maksud yang tersirat di sebalik percakapn mereka itu. cuba paham dan renungkan apa yang awek or isteri anda pernah cakap atau tanya...ada tak maksud tersirat sebegini...baca & hayati..:-)

-->
1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak perempuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak perempuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pergi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa lah baju kat sini, ye.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: rasa macam nak pening lah.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar sajalah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, ye.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla
bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you a. rasa macam nak jadi awek you saja.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut lah nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi. Aku kena berkorban. Habih hangpa dua ekoq juga yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil. Aku tak kira! Langkah
mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
hehe..Ini cuma contoh j. Tapi, memang selalu berlaku or maybe kdg2 la...
Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni
tak jujur dalam meluahkan isi hati tapi, maklum lah,
kaum perempuan ni kan pemalu...nway kalu pndai jaga hati masing2 insyallah hubungan leh kekal smpai akhir hayat...amiiiin..:D

Tuesday, June 2, 2009

kek batik:-D

sebut btl2...bkn kain batik..hee...hr n nk share resepi kek batik lah..comey ku qilah 2 ske sgt...hehe:-D


...bahan2...

1 buku butter cup
1 cwn milo
1 cwn serbuk koko
1 tin susu pekat manis
1/2 cwn gula
2 biji telur
1 paket biskut marie

...care2...

1.sediakan kuali (panas kan atas api)
2.panaskan butter sampai cair
3.masukkan milo + serbuk koko (kacau3)
4.+kan susu pekat (kacau3)
5.+kan gula n telur yg dah dkacau (kacau3)
6. msk kn biskut marie yg dah d patah 4
7.kacau3 sampai sebati

buh sumer adunan tp dlm loyang yg dah disapu mentega
manpat2 kan smpai rate..
cimpan dlm peti sejuk 2 jam...siap da.

slmT makan...:D

Sunday, May 31, 2009

Men Are Hard To Please. hee..~


The problems with GUYS:
-->

If u TREAT him nicely, he says u are IN LOVE with him;
If u Don't, he says u are PROUD.
If u DRESS Nicely, he says u are trying to LURE him;
If u Don't, he says u are from KAMPUNG.
If u ARGUE with him, he says u are STUBBORN;
If u keep QUIET, he says u have no BRAINS.
If u are SMARTER than him, he'll lose FACE;
If he's Smarter than u, he is GREAT.
If u don't Love him, he tries to POSSESS u;
If u Love him, he will try to LEAVE u.(very true huh?)
If u don't make love with him., he says u don't Love him;
If u do!! he says u are CHEAP.
If u tell him your PROBLEM, he says u are TROUBLESOME;
If u don't, he says that u don't TRUST him.
If u SCOLD him, u are like a NANNY to him;
If he SCOLDS u, it is because he CARES for u.
If u BREAK your PROMISE, u Cannot be TRUSTED;
If he BREAKS his, he is FORCED to do so.
If u SMOKE, u are BAD girl;
If he SMOKES, he is GENTLEMEN.
If u do WELL in your exams, he says it's LUCK;
If he does WELL, it's BRAINS.
If u HURT him, u are CRUEL;
If he HURTS u, u are too SENSITIVE!!
& sooo hard to please!!!!!
If guys read this, they will swear that it's not true.......

The moral of the story is.......ANDA PIKIR LA SENDRI:D….

Monday, May 25, 2009

mari memasak..:-)


bahan2 nye..




3 bj telur
1 cwn butter
1 cwn castor sugar
1/2 cwn susu pekat manis
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla

care2 nye..

pukul gule ngan telur
+ susu
+ telur
+ tepung
+ esen vanilla

okeyh...



bakar dlm oven 160 degree
16 min
tunggu tunggu tunggu tunggu tunggu tunggu tunggu tunggu
sementare tunggu leh wat topping cklat nye

1/2 cwn myk jgg + 1/2 cwn serbuk koko + 1 cwn susu pekat manis
kacau3..

sampai 16 mnt
yum2
kua kn kek dr oven..sapukan topping cklat
siap:)

hasilnye





Sunday, May 24, 2009

ADAKAH INI CINTA ? ? ?

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi...

Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami ... menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails